KHSB bangun 2,300 rumah mampu milik di Bernam Jaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp

SHAH ALAM: Syarikat pembangunan hartanah di bawah Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), Kumpulan Hartanah Selangor Bhd (KHSB), bakal membangunkan lebih 2,300 unit rumah teres mampu milik di Bernam Jaya, Hulu Selangor pada pertengahan tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif KHSB, Rahana Abdullah, berkata pembinaan projek berkenaan akan dilaksanakan di atas tanah seluas 77.29 hektar dan ia dijangka siap dalam tempoh lima tahun.

“Kita sedang dalam proses menunggu kelulusan daripada pihak berkaitan untuk memulakan pembinaan yang dijangka bermula pada pertengahan tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis perasmian penjenamaan identiti korporat baharu KHSB oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, di sini, baru-baru ini.

Rahana berkata, syarikat itu juga sedang giat membina 2,091 unit pangsapuri perkhidmatan ‘The Atera’ di Petaling Jaya dengan usahasama Paramount Property Development Sdn Bhd.

“Projek terbabit memiliki tiga blok dengan blok pertama sudah berjaya dijual sebanyak 60 peratus, dan ia mula dibangunkan pada tahun lepas kita jangka semuanya akan selesai dalam tempoh lapan tahun,” katanya.

Menurut Rahana, kedua-dua projek itu katanya mempunyai nilai pembangunan kasar berjumlah RM1.5 bilion.

KHSB juga akan melancarkan satu lagi perumahan mampu milik di Bukit Cherakah, Shah Alam pada tahun depan, katanya.

-BERNAMA

Share the Post:
OUr MISSION

Championing Quality Living & Communities

Transforming Selangor Through Sustainable and Innovative Property Solutions